Friday, 12 November 2021

TERKINI: Mesyuarat khas berkaitan PRN Sarawak 24 November ini

KUALA LUMPUR, 12 November 2021 - Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) dijangka akan mengadakan mesyuarat khas berkaitan PRN Sarawak ke-12 pada 24 November ini kata setiausahanya, Datuk Ikmalruddin Ishak dalam satu kenyataan pada tengahari Jumaat.

Mesyuarat khas tersebut akan dipengerusikan oleh Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh di Kuching, Sarawak bagi membincangkan tarikh-tarikh penting PRN seperti tarikh writ pilihan raya, hari penamaan calon, hari mengundi, daftar pemilih yang akan digunakan dan lain persiapan-persiapan bagi melaksanakan PRN tersebut. Satu sidang media akan berlangsung sejurus selepas mesyuarat khas tersebut.

Dun Sarawak sepatutnya dibubarkan pada 7 Jun lepas disebabkan pandemik COVID-19 & proklamasi darurat dilaksanakan di negeri itu.

Yang Dipertuan Agong, Al Sultan Abdullah pada 3 November lepas memaklumkan bahawa proklamasi darurat ditamatkan lebih awal berbanding 2 Februari tahun depan bagi membolehkan PRN diadakan di negeri itu. 

Sebelum ini, SPR memaklumkan bahawa PRN Sarawak akan diadakan selepas 60 hari proklamasi darurat ditamatkan. 

Sarawak long weekend holiday 2025

Chinese New Year - 29 January - 2 February 2025 (Wednesday - Sunday) Hari Raya Aidilfitri - 29 March - 1 April 2025 (Saturday - Tuesday) Goo...