Wednesday, 9 March 2022

Sarawak rekod 1 kluster baharu melibatkan Citrawarna Keluarga Malaysia

KUCHING, 9 Mac 2022 - Terdapat penambahan 1 kluster baharu di Sarawak melibatkan Citrawarna Keluarga Malaysia.

JPBN dalam kenyataan media harian berkata, kluster tersebut merupakan satu kluster komuniti yang melibatkan kes-kes yang terlibat secara langsung dengan program Citrawarna Keluarga Malaysia 2022 yang berlangsung selama 4 hari bermula pada 24 Februari 2022 di Tebingan Sungai, Kuching, Sarawak.

Katanya, anggaran pengunjung adalah seramai 50,000 orang.

Sementara itu, jumlah individu yang telah disaring adalah 59 orang. 21 orang didapati positif termasuk kes indeks manakala 32 individu didapati negatif dan 6 masih menunggu keputusan.

Tempat rawatan dan pengasingan kluster tersebut adalah di Hospital Umum Sarawak dan PKRC di Kuching.

Terdahulu, tular di media sosial menyatakan bahawa pengunjung didapati melanggar SOP ketika tiada penjarakan fizikal serta membawa anak-anak kecil sewaktu raptai malam gala.

TAMAT.





1st day of Hari Raya Aidilfitri date (2026 - 2036)

2026 - 20 or 21 March 2027 - 10 March 2028 - 27 February 2029 - 15 February 2030 - 5 February 2031 - 25 January 2032 - 14 January 2033 - 3 J...