Saturday, 12 March 2022

SPR serah keputusan rasmi kepada Istana Johor pagi tadi

JOHOR BAHRU, 13 Mac 2022 - Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) pada hari ini menyerahkan keputusan rasmi kepada Istana Johor pagi tadi.

Keputusan rasmi tersebut telah diserahkan oleh pengerusi SPR, Abdul Ghani Salleh dan diterima oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Azmi Rohani.

Sementara itu, turut hadir pada sesi penyerahan tersebut adalah pengarah SPR Johor, Nor Nekman Jaimon.

Malam tadi, SPR telah mengesahkan bahawa parti dari Barisan Nasional telah memenangi sebanyak 40 kerusi dalam PRN Johor diikuti Pakatan Harapan sebanyak 11 kerusi, Perikatan Nasional hanya 3 kerusi, Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) & Parti Keadilan Rakyat (PKR) hanya 1 kerusi sahaja.

TAMAT. 







Sarawak long weekend holiday 2027

New Year's Day - 1 - 3 Jan 2027 (Fri - Sun) Chinese New Year - 6 - 8 Feb 2027 (Sat - Mon)  *Take leave on 5 & 9 Feb 2027 (Fri & ...