KUALA LUMPUR, 9 April 2022 - Murid atau pelajar yang berada di Sabah & Sarawak berpeluang akan mengambil cuti perayaan sempena sambutan Pesta Kaamatan & Hari Gawai selama seminggu.
Pesta Kaamatan & Hari Gawai bermaksud perayaan selepas berakhirnya musim menuai padi.
Bagi Sabah, murid atau pelajar akan bermula dengan cuti umum pada 30 & 31 Mei 2022 diikuti cuti peristiwa pada 1 Jun 2022 & cuti ganti pada 2 & 3 Jun 2022.
Di Sarawak pula, murid atau pelajar akan menikmati cuti bermula dengan cuti ganti pada 30 & 31 Mei 2022 diikuti dengan cuti umum pada 1 & 2 Jun 2022 & cuti tambahan KPM pada 3 Jun 2022.
Sementara itu, murid atau pelajar di Sabah & Sarawak akan sambung dengan cuti penggal 1 yang dijangka akan bermula pada 4 - 12 Jun 2022 selama seminggu.
Ini bermakna, murid atau pelajar dijangka akan kembali ke sekolah pada 13 Jun 2022.
Berikut adalah tarikh cuti panjang sempena sambutan Pesta Kaamatan & Gawai Dayak:
Pesta Kaamatan
1. 30 & 31 Mei 2022 (Isnin & Selasa) - Cuti umum
2. 1 Jun 2022 (Rabu) - Cuti Peristiwa
3. 2 & 3 Jun 2022 (Khamis & Jumaat) - Cuti Ganti
Hari Gawai Dayak
1. 30 & 31 Mei 2022 (Isnin & Selasa) - Cuti Ganti
2. 1 & 2 Jun 2022 (Rabu & Khamis) - Cuti Umum
3. 3 Jun 2022 (Jumaat) - Cuti tambahan KPM
TAMAT.