Sunday, 17 April 2022

Ada beberapa sekolah di Sarawak buat kelas ganti sempena Hari Gawai Dayak

KUCHING, 17 April 2022 - Seperti mana yang sedia maklum bahawa masyarakat dayak di negeri Sarawak akan meraikan Hari Gawai pada 1 & 2 Jun 2022 (Rabu & Khamis).

Sehubungan dengan itu, ada beberapa sekolah di seluruh negeri itu akan membuat kelas ganti untuk 30 & 31 Mei 2022 (Isnin & Selasa) bagi memberi ruang kepada masyarakat Dayak pulang ke kampung halaman masing-masing.

Kelas ganti yang pertama adalah 23 April 2022 menggunakan jadual hari Isnin manakala yang kedua pula adalah 25 Jun 2022 untuk Selasa.

Kali terakhir membuat sekolah ganti ialah tahun 2018 di mana pada masa itu, cuti sekolah sempena Gawai adalah 4 minggu disebabkan raya & cuti pertengahan tahun.

KPM sebelum ini menerusi surat pekeliling berkata, cadangan cuti ganti mestilah dibuat pada Sabtu minggu ke-2 atau minggu ke-4. 

TAMAT.














Sarawak long weekend holiday 2025

Chinese New Year - 29 January - 2 February 2025 (Wednesday - Sunday) Hari Raya Aidilfitri - 29 March - 1 April 2025 (Saturday - Tuesday) Goo...