Saturday, 17 September 2022

Perubahan jadual siaran TV9 pada 22 September ini

PETALING JAYA, 17 September 2022 - Pada 22 September ini, saluran TV9 akan mengalami perubahan jadual siaran bagi memberi laluan kepada Perlawanan Piala Raja Thailand.

Ini bermakna, slot Jaguh Kartun yang biasanya selama 2 jam akan dikurangkan kepada sejam sahaja manakala Buletin TV9 akan bersiaran jam 8:30 malam.

Berikut adalah pindaan jadual siaran TV9 mulai 6:00 petang pada 22 September ini:

1. Jaguh Kartun - 5:00 - 6:00 petang

2. Senang Terhibur Shorts - 6:00 - 6:15 petang

3. Perlawanan Piala Raja Thailand - 6:15 petang - 8:30 malam

4. Buletin TV9 - 8:30 - 9:00 malam

5. Senang Terhibur Shorts - 9:00 - 9:15 malam

6. Perlawanan Piala Raja Thailand - 9:15 - 11:30 malam

Untuk maklumat lanjut mengenai program TV9, anda boleh layari ke laman Facebook TV9 Di Hatiku, Instagram TV9 Malaysia, Twitter TV9 Malaysia, Youtube TV9Malaysia Official & Tiktok TV9 Malaysia.

TV9 boleh ditonton menerusi saluran Astro 149, Myfreeview 109, Unifi TV 109 atau boleh ke aplikasi Tonton & www.xtra.com.my.

TAMAT.

Sarawak long weekend holiday 2027

New Year's Day - 1 - 3 Jan 2027 (Fri - Sun) Chinese New Year - 6 - 8 Feb 2027 (Sat - Mon)  *Take leave on 5 & 9 Feb 2027 (Fri & ...