Thursday, 20 October 2022

TV9 siar perlawanan akhir Piala AFC esok

PETALING JAYA, 21 Oktober 2022 - Berita baik kepada semua peminat bola sepak tempatan apabila saluran TV9 akan menyiarkan perlawanan akhir Piala AFC esok di antara pasukan KL City FC dan Al Seeb jam 6:55 petang. 

Ini adalah kali pertama pasukan KL City FC mara ke peringkat akhir selepas menewaskan kelab India, ATK Mohun Bagan 3-1 di Kolkata bulan lalu.

Perlawanan akhir tersebut akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil. 

Kali terakhir TV9 pernah menyiarkan Piala AFC adalah tahun 2016 di antara pasukan South China & Johor Darul Takzim.

Untuk maklumat lanjut mengenai program TV9, anda boleh melayari ke laman Facebook, Twitter, Instagram, Tiktok & Youtube.

TV9 boleh ditonton menerusi saluran Astro 149, Myfreeview & Unifi TV 109 atau strim live HD di www.tonton.com.my.

TAMAT.



Sarawak long weekend holiday 2027

New Year's Day - 1 - 3 Jan 2027 (Fri - Sun) Chinese New Year - 6 - 8 Feb 2027 (Sat - Mon)  *Take leave on 5 & 9 Feb 2027 (Fri & ...