Wednesday, 8 November 2023

Sesi persekolahan kekal bermula Mac depan

KUALA LUMPUR, 8 November 2023 - Sesi persekolahan bagi kalendar akademik 2024/2025 akan bermula pada 10 Mac 2024 sehingga 15 Februari 2025 di negeri Kumpulan A & 11 Mac 2024 sehingga 16 Februari 2025 di negeri Kumpulan B.

KPM menerusi surat siaran berkata, Kementerian juga telah menyelaras tarikh-tarikh cuti perayaan sepanjang tempoh sesi persekolahan 2024/2025 yang melibatkan perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali, Pesta Kaamatan, Gawai Dayak dan Krismas.

Katanya, semua sekolah hendaklah mematuhi peruntukan cuti tambahan oleh KPM sempena perayaan utama bagi sambutan Hari Raya Aidilfitri & Deepavali. Peruntukan cuti tambahan berkenaan tidak perlu diganti.

Kalendar akademik sesi 2024/2025 boleh dimuat turun melalui laman sesawang KPM di pautan https://www.moe.gov.my/takwim.

TAMAT.







1st day of Hari Raya Aidilfitri date (2026 - 2036)

2026 - 20 or 21 March 2027 - 10 March 2028 - 27 February 2029 - 15 February 2030 - 5 February 2031 - 25 January 2032 - 14 January 2033 - 3 J...