Saturday, 27 November 2021

MAS | Malaysia Airlines akan tambah penerbangan ke Sarawak

Malaysia Airlines akan menambah penerbangan ke Sarawak antara 11 Disember ini & 5 Januari tahun depan setelah mendapat kelulusan JPBN Sarawak.
Penerbangan tambahan tersebut adalah bersempena dengan PRN Sarawak (18 Disember 2021), Hari Krismas (25 Disember 2021), Tahun Baru (1 Januari 2022) & Cuti persekolahan hujung tahun (11 Disember 2021 - 2 Januari 2022).
Syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan memberitahu bagi laluan Kuala Lumpur-Kuching, ia melibatkan penambahan daripada 21 penerbangan seminggu kepada 35 penerbangan.
Manakala, bagi laluan dari KL-Bintulu, KL-Miri & KL-Sibu pula akan melibatkan penambahan daripada 7 penerbangan kepada 14 penerbangan.
Sebelum ini, artis kelahiran Sarawak berasa kecewa dengan tindakan segelintir syarikat penerbangan yang mengambil kesempatan menaikkan harga tiket pada bulan depan.


1st day of Hari Raya Aidilfitri date (2026 - 2036)

2026 - 20 or 21 March 2027 - 10 March 2028 - 27 February 2029 - 15 February 2030 - 5 February 2031 - 25 January 2032 - 14 January 2033 - 3 J...