Menteri Pengangkutan, Ir Wee Ka Siong dalam perkongsian di Facebook petang tadi berkata, kerajaan mengingatkan kepada semua pemain industri supaya tidak mengambil kesempatan dengan menaikkan harga tambang bagi menampung kerugian yang didalami sebelum ini.
Beliau turut menambah kenyataan tersebut bahawa beliau merayu kepada JPBN Sarawak agar tidak menyekat frekuensi penerbangan sepertimana yang dilakukan oleh kerajaan Sabah. Biar MAVCOM yang menentukan frekuensi penerbangan berdasarkan keperluan pasaran. Penambahan frekuensi penerbangan pasti dapat menurunkan kadar tambang penerbangan kadar tambang penerbangan antara Sarawak dan Semenanjung Malaysia.
Sebelum ini, saya ada memuat naik satu posting berkaitan tajuk Malaysia Airlines akan menambah penerbangan ke Sarawak antara 11 Disember ini & 5 Januari tahun depan bersempena PRN Sarawak (18 Disember 2021), Hari Krismas (25 Disember 2021), Tahun Baru (1 Januari 2022) & cuti persekolahan hujung tahun bermula 11 Disember ini sehingga 2 Januari 2022 di pautan http://malcolmmelvin.blogspot.com/2021/11/mas-malaysia-airlines-akan-tambah.html.