Sejak Jumaat lepas, sehari sebelum hari pengundian untuk Sarawak, negara dikejutkan dengan bencana banjir besar yang melanda beberapa negeri bermula di Kelantan lepas itu di 7 negeri lain sehingga Ahad lepas sebelum diperluaskan ke negeri Melaka. Antara tempat yang terjejas teruk adalah di Taman Sri Muda, Shah Alam.
Jumlah korban akibat banjir di Selangor dan Pahang meningkat kepada 33 nyawa berbanding 27 yang direkodkan pada 2 hari lepas.
Selangor mencatatkan angka kematian tertinggi iaitu 24 mangsa manakala 9 lagi mangsa korban banjir ditemukan di dua lokasi di Pahang.
Yang Dipertuan Agong ingin mengajak rakyat untuk bersama-sama berdoa agar situasi banjir, cuaca buruk di negara ini tidak berlarutan dan segera berakhir supaya air banjir menjadi surut & cuaca panas berpanjangan.