Friday, 24 December 2021

Cuti hujung tahun dilanjutkan selama seminggu lagi akibat banjir.

Sesi persekolahan penggal 3 2021/2022 yang sepatutnya bermula pada 2 & 3 Januari depan akan ditangguhkan selama seminggu berikutan bencana banjir melanda di beberapa negeri seluruh Malaysia. Ini bermakna, bulan 1 akan ada cuti awal tahun selepas tahun baharu. Murid/pelajar akan kembali ke sekolah pada 9 Januari bagi negeri Kumpulan A & 10 Januari bagi negeri Kumpulan B setelah 4 minggu berehat sejak 10/11 Disember lepas.
Kali terakhir sesi persekolahan ditangguhkan adalah pada awal tahun 2015 di mana pada akhir 2014 berlaku kejadian yang sama di mana sesi persekolahan pada tahun berkenaan bermula pada 12 Januari lepas.
Menurut Menteri Kanan Pendidikan, Dr Radzi Jidin berkata ia bagi memudahkan mereka yang terlibat dengan bencana itu melakukan persiapan mencukupi sebelum kembali memulakan sesi persekolahan.
Setakat 24 Disember 2021, terdapat 475 buah institusi pendidikan di seluruh negara dijadikan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau ditelenggami air kata KPM dalam kenyataan hari ini.
Berikut adalah kenyataan penuh KPM berkaitan penangguhan tarikh permulaan sesi persekolahan penggal 3 2021/2022.


Sarawak long weekend holiday 2025

Chinese New Year - 29 January - 2 February 2025 (Wednesday - Sunday) Hari Raya Aidilfitri - 29 March - 1 April 2025 (Saturday - Tuesday) Goo...