Pada tahun 2015, sesi persekolahan terpaksa ditunda selama seminggu dari tarikh asal disebabkan banjir di seluruh Malaysia akhir 2014.
Bercakap mengenai cuti perayaan, KPM hanya memperuntukkan 2 hari sebagai cuti tambahan. Ada pihak sekolah berkemungkinan akan diberi cuti peristiwa selama sehari kalau hujung minggu semakin hampir selepas 2 hari cuti tambahan & cuti umum atau hari Isnin (Selasa/Rabu/Khamis/Jumaat cuti umum & cuti tambahan).
Bagi cuti semester pula, KPM hanya menetapkan bahawa cuti penggal 1 & 2 adalah seminggu manakala cuti hujung tahun (Disember) & akhir persekolahan adalah selama 3 minggu.
Berikut adalah takwim persekolahan pada tahun depan:
Pelanjutan sesi persekolahan 2021 - 3 Januari - 25 Februari 2022
Cuti akhir persekolahan 2021 - 26 Februari - 20 Mac 2022
Sesi persekolahan 2022 - 21 Mac 2022 - 12 Februari 2023
Cuti Penggal 1 - 4 - 12 Jun 2022
Cuti Penggal 2 - 3 - 11 September 2022
Cuti Hujung Tahun - 10 Disember 2022 - 2 Januari 2023
Cuti Akhir Persekolahan - 18 Februari - 12 Mac 2023