65 pelajar Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya disahkan positif COVID-19 melalui saringan kontrak rapat yang dilakukan pada kelmarin terhadap lebih 200 pelajar kata Menteri Pendidikan Mohd Radzi Jidin.
Katanya, semua pelajar tersebut sudah dibawa ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) Bersepadu 2.0 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang untuk pemantauan.
Beliau telah melakukan tinjauan ke sekolah berkenaan pada malam tadi.
Turut hadir bersama beliau adalah Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia & Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Sepang.
Berbaki 9 hari lagi sebelum cuti penggal 2 (hujung tahun) bermula pada 11 Disember ini sehingga 2 Januari depan selama 3 minggu.