Monday, 24 January 2022

Persembahan tarian singa kini dibenarkan di Sarawak.

KUCHING, 25 Januari 2022 - Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) memutuskan untuk membenarkan persembahan tarian singa sempena tahun baru cina yang akan disambut pada 1 Februari depan.

JPBNS dalam kenyataan pada kelmarin berkata JPBNS telah meluluskan penambahbaikan ke atas SOP Sambutan Tahun Baru Cina 2022. 

Katanya, JPBN juga telah memutuskan bahawa aktiviti persembahan tarian singa adalah dibenarkan berpandukan syarat-syarat yang digariskan di dalam SOP tersebut.

SOP tersebut boleh didapati di laman sesawang https://sarawakdisastermc.com/, menurutnya.

Sementara itu, Sarawak kembali mencatatkan angka 1 digit iaitu 7 kes direkodkan pada kelmarin.

Subis mencatatkan 3 kes diikuti 2 kes di Kuching, 1 kes di Miri & 1 kes di Sarikei.

TAMAT.




Sarawak long weekend holiday 2027

New Year's Day - 1 - 3 Jan 2027 (Fri - Sun) Chinese New Year - 6 - 8 Feb 2027 (Sat - Mon)  *Take leave on 5 & 9 Feb 2027 (Fri & ...