JOHOR BAHRU, 23 Januari 2022 - Johor merupakan negeri terbaharu di Malaysia untuk mengadakan pilihan raya negeri dalam masa terdekat.
Ini selepas Sultan Johor, Sultan Ibrahim perkenan menandatangani watikah pembubaran DUN Johor.
Terdahulu, baginda tuanku Sultan berkenan menerima menghadap Menteri Besar Johor, Hasni Mohammad pada jam 5 petang kelmarin di Istana Bukit Serene, Johor Bahru.
Turut berangkat sama ialah DYAM Mejar Jeneral Tuanku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.
Pada pertemuan bersama Baginda Tuanku Sultan, Hasni turut diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Azmi Rohani yang kemudian mempersembahkan watikah pembubaran Dewan Negeri Johor.
Katanya, Fasal 23 bahagian kedua undang-undang tubuh Kerajaan Johor 1895 bahawa Dewan Negeri Johor Darul Ta'zim yang ke-14 termansuh pada 22 Januari 2022.
Ini bermakna merupakan PRN keempat selepas PRU-14 iaitu Sabah (2020), Melaka (2021) & Sarawak (2021).
TAMAT.