Saturday, 22 January 2022

Sidang media khas Menteri Besar Johor 6 petang ini.

JOHOR BAHRU, 22 Januari 2022 - Sah ! PRN Johor bakal diadakan tidak lama lagi. 

Menteri Besar Johor, Hasni Mohammad berkata sidang media khas berkaitan perkara tersebut pada jam 6 petang nanti.

Beliau berkata, bahawa beliau akan mempengerusikan mesyuarat terlebih dahulu dengan barisan Exco Kerajaan Negeri kemudian beliau akan menghadap Sultan Johor ketika ditemui media di Pejabat UMNO Johor.

Terdahulu, media melaporkan bahawa desas-desus pembubaran Dewan Undangan Negeri atau DUN Johor untuk memberi laluan pilihan raya negeri diadakan.

Jika DUN diumum dibubarkan sebagaimana khabar angin itu, ianya akan menjadi PRN keempat sejak Pilihan Raya Umum Ke-14 pada tahun 2018 iaitu selepas Sabah, Melaka & Sarawak.

Tadi, YAB Perdana Menteri berkata UMNO bersedia dan perlu mendapat perkenan Sultan Johor bagi menghadapi kemungkinan pilihan raya diadakan di negeri itu ketika ditemui semasa lawatan kerja ke Kota Bharu, Kelantan.

Katanya, sebagai sebuah parti, UMNO sentiasa bersedia untuk menghadapi pilihan raya bukan sahaja di Johor sebaliknya di seluruh negara menurut Ismail Sabri.

Isu Pilihan Raya Negeri Johor mula hangat diperkatakan sejak akhir tahun lalu.

TAMAT.


Sarawak long weekend holiday 2025

Chinese New Year - 29 January - 2 February 2025 (Wednesday - Sunday) Hari Raya Aidilfitri - 29 March - 1 April 2025 (Saturday - Tuesday) Goo...