Saturday, 22 January 2022

Tun Mahathir dalam keadaan stabil - Anak.

KUALA LUMPUR, 23 Januari 2022 - Anak perempuan kepada Tun Dr Mahathir, Marina Mohammad memaklumkan bahawa keadaan kesihatan Tun semakin stabil.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan pada malam tadi, Marina berkata, isteri Tun Dr Mahathir serta keluarga memohon agar rakyat mendoakan supaya kesihatan beliau segera pulih sepenuhnya.

Terdahulu, pengamal media & antarabangsa berkumpul di IJN bagi mendapatkan perkembangan terkini berkaitan kesihatan Tun Dr Mahathir.

Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob juga melawat ke IJN kira-kira jam 5:30 hingga 6 petang serta tetamu kenamaan.

Tun Dr Mahathir dimasukkan ke IJN pada 16 Disember lalu & dibenarkan keluar dari IJN seminggu kemudian.

Kali kedua, beliau turut berada di situ pada 7 Januari & dibenarkan keluar dari IJN seminggu kemudian. 

TAMAT.




 

Sarawak long weekend holiday 2027

New Year's Day - 1 - 3 Jan 2027 (Fri - Sun) Chinese New Year - 6 - 8 Feb 2027 (Sat - Mon)  *Take leave on 5 & 9 Feb 2027 (Fri & ...