Monday, 21 February 2022

Belum ada keputusan rasmi sama ada PT3 akan diadakan atau tidak - Menteri Pendidikan.

PUTRAJAYA, 21 Februari 2022 - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) belum membuat keputusan rasmi berhubung pelaksanaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) bagi sesi 2022 seperti ditularkan di media sosial sejak Sabtu lepas.

Menurut Menteri Kanan Pendidikan, Dr Radzi Jidin berkata, pihaknya masih meneliti pendekatan sesuai berhubung pelaksanaan PT3 tersebut.

Beliau berkata demikian semasa sidang media selepas selesai Majlis Pelancaran Sekolahku Sejahtera di PICC hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial apabila Lembaga Peperiksaan telah memuat naik pemakluman pelaksanaan PT3 semula selepas 2 tahun iaitu pada Oktober hingga November di laman Facebook namun dipadamkan selepas beberapa jam kemudian.

TAMAT.







1st day of Hari Raya Aidilfitri date (2026 - 2036)

2026 - 20 or 21 March 2027 - 10 March 2028 - 27 February 2029 - 15 February 2030 - 5 February 2031 - 25 January 2032 - 14 January 2033 - 3 J...