Beliau juga dijangka akan membuat pengumuman penting pada jam 5:00 petang hari ini.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan jemputan kepada petugas media pada tengah malam tadi.
Semalam, Malaysia merekodkan sebanyak 10,089 kes baharu COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan kepada 2,914,220.
Kes harian COVID-19 boleh mencecah 15,000 dalam tempoh terdekat menurut Khairy.
Ketua Pengarah Kesihatan juga turut memberi ramalan bahawa kes harian juga boleh mencecah 22,000 pada Mac jika R-Naught kekal 1.2
Sama-sama kita menantikan apa intipati yang akan disampaikan oleh Menteri Kesihatan jam 5 petang nanti.
TAMAT.