Tuesday, 8 February 2022

SPR dijangka akan mengumumkan tarikh-tarikh penting mengenai PRN Johor hari ini.

JOHOR BAHRU, 9 Februari 2022 - Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) dijangka akan mengumumkan tarikh-tarikh penting mengenai PRN Johor dalam mesyuarat khas yang akan berlangsung pada jam 10 pagi nanti.

Satu sidang media khas akan turut diadakan sejurus selepas selesai mesyuarat khas tersebut. 

Terdahulu, Sultan Johor telah memberi perkenan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor pada 22 Januari lalu.

Ini adalah kali keempat PRN diadakan dalam tempoh ketika COVID-19 masih melanda negara iaitu selepas Sabah, Melaka & Sarawak.

Kelmarin, Menteri Kanan Pertahanan dalam sidang media khas Mesyuarat Kuartet COVID-19 berkata, SOP mengenai pelaksanaan PRN Johor ditentukan oleh SPR & bukannya kerajaan.

TAMAT.



1st day of Hari Raya Aidilfitri date (2026 - 2036)

2026 - 20 or 21 March 2027 - 10 March 2028 - 27 February 2029 - 15 February 2030 - 5 February 2031 - 25 January 2032 - 14 January 2033 - 3 J...