Idris dalam satu hantaran di Facebook pada pagi kelmarin berkata, "apabila sebuah drama yang telah ditular untuk ditayangkan dalam bulan yang sepatutnya ditunggu oleh seluruh manusia yang beriman bagi mengejar taqwa, namun seolah dicemari dengan kegusaran yang saya kira melampui batas yang perlu ditegur".
Pada Jumaat lalu, pelakon tersebut ada memuat naik video isu babas panas di laman Instagramnya ketika mempromosikan drama 30 episod bertajuk "Perempuan Itu".
Berdasarkan pemerhatian, video isu babak panas tersebut telah dipadam.
Sementara itu, TV3 dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada malam tadi berkata, "Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) memandang serius dan mengambil berat akan suara dan pandangan orang ramai mengenai video dalam petikan adegan daripada drama Perempuan Itu yang tular di media sosial.
"Perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana pengisian drama-drama tempatan perlu mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF)" menurut kenyataan itu.
Drama Perempuan Itu dijangka akan menemui penonton pada bulan Ramadan nanti.
TAMAT.