Tuesday, 15 March 2022

PRU-15: Dun Kedah, Terengganu & Kelantan tidak akan dibubarkan sehingga tamat penggal

KUALA LUMPUR, 15 Mac 2022 - Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi negeri Kedah, Kelantan & Terengganu tidak akan dibubarkan sehingga tamat penggal.

Menurut Presiden PAS, Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan di laman Facebook pada malam ini berkata, ia akan bagi menumpukan kepada kestabilan dan kesejahteraan hidup rakyat.

Katanya, PAS mengikuti perkembangan semasa politik tanah air, di samping fokus yang perlu diberikan terhadap usaha pemulihan kesihatan dan ekonomi negara yang bakal memasuki fasa endemik.

Terdahulu, Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun berkata enam negeri tidak ikut untuk membubarkan DUN sekiranya PRU15 segera diadakan.

Memetik laporan Harian Metro, pembubaran parlimen bagi memberi laluan kepada PRU15 adalah antara beberapa perkara utama yang akan menjadi perbahasan perwakilan pada Persidangan Agung UMNO yang akan berlangsung di PWTC KL bermula hari ini.

TAMAT.



1st day of Hari Raya Aidilfitri date (2026 - 2036)

2026 - 20 or 21 March 2027 - 10 March 2028 - 27 February 2029 - 15 February 2030 - 5 February 2031 - 25 January 2032 - 14 January 2033 - 3 J...