Tuesday, 1 March 2022

TV9 siar filem Shah Rukh Khan & Jackie Chan setiap Selasa malam sepanjang bulan Mac ini

PETALING JAYA, 1 Mac 2022 - Siapa di sini peminat pelakon filem Bollywood, Shah Rukh Khan & pelakon filem Hong Kong, Jackie Chan? Sepanjang bulan Mac ini, TV9 akan menyiarkan 2 bintang pelakon filem Bollywood & Hong Kong menerusi slot Kuasa 3 Malam pada setiap Selasa jam 9:30 malam.

Antara filem yang bakal disiarkan adalah Fan (Bollywood), Project A & Project A II (Hong Kong), Don (Bollywood) & Asoka (Bollywood).

Berikut adalah senarai penuh filem mengikut masa, tarikh & hari yang akan disiarkan di TV9 sepanjang bulan Mac ini:

Fan - Selasa 1 Mac 2022 jam 9:30 malam

Project A - Selasa 8 Mac 2022 jam 9:30 malam

Don - Selasa 15 Mac 2022 jam 9:30 malam

Project A II - Selasa 22 Mac 2022 jam 9:30 malam

Asoka - Selasa 29 Mac 2022 jam 9:30 malam

Untuk maklumat lanjut mengenai program TV9, anda boleh melayari ke laman Facebook page, Twitter, Instagram & Youtube.

TV9 boleh ditonton menerusi saluran Astro 149, Myfreeview & Unifi TV 109 atau di www.tonton.com.my.

TAMAT.





1st day of Hari Raya Aidilfitri date (2026 - 2036)

2026 - 20 or 21 March 2027 - 10 March 2028 - 27 February 2029 - 15 February 2030 - 5 February 2031 - 25 January 2032 - 14 January 2033 - 3 J...