Wednesday, 12 October 2022

Siaran Buletin Utama TV3 mula lewat hampir setengah jam malam ini

PETALING JAYA, 12 Oktober 2022 - Siaran berita no.1 pilihan Malaysia, Buletin Utama TV3 telah mula bersiaran hampir setengah jam berbanding kebiasaan pada malam ini.

Ini berikutan terdapat masalah teknikal sehingga banyak iklan disiarkan sebelum bermulanya berita selepas selesai drama Sekali Lagi Cinta Kembali menerusi slot Akasia.

Antara iklan yang disiarkan seperti promo, PSA serta nyanyian lagu Keluarga Malaysia.

Sementara itu, TV3 dalam satu hantaran di IG story memaklumkan bahawa drama Adakah Engkau Menungguku bersiaran jam 9:30 malam berikutan kelewatan masa siaran berita tersebut.

TAMAT.









1st day of Hari Raya Aidilfitri date (2026 - 2036)

2026 - 20 or 21 March 2027 - 10 March 2028 - 27 February 2029 - 15 February 2030 - 5 February 2031 - 25 January 2032 - 14 January 2033 - 3 J...