Tuesday, 11 October 2022

[TERKINI] Mesyuarat khas SPR 20 Oktober ini

KUALA LUMPUR, 11 Oktober 2022 - Satu mesyuarat khas SPR berkaitan urusan PRU-15 & PRK Bugaya akan diadakan pada 20 Oktober ini.

Menurut setiausaha SPR, Ikmalrudin Ishak dalam kenyataan yang dikeluarkan petang tadi berkata, mesyuarat khas tersebut akan bermula jam 10 pagi bertempat di Menara SPR, Putrajaya.

Katanya, mesyuarat khas tersebut akan dipengerusikan oleh pengerusi SPR, Abdul Ghani Salleh bagi membincangkan tentang tarikh-tarikh penting PRU-15 dan PRK Bugaya seperti tarikh Writ Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon, Hari Pengundian, daftar pemilih yang akan digunakan dan lain-lain.

Satu sidang media akan diadakan sejurus selepas mesyuarat tersebut.

Petang kelmarin, Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan pembubaran parlimen berkuatkuasa 10 Oktober 2022 bagi memberi laluan kepada PRU-15 diadakan.

TAMAT.




Sarawak long weekend holiday 2027

New Year's Day - 1 - 3 Jan 2027 (Fri - Sun) Chinese New Year - 6 - 8 Feb 2027 (Sat - Mon)  *Take leave on 5 & 9 Feb 2027 (Fri & ...