Sunday, 9 October 2022

[TERKINI] Perdana Menteri menghadap Agong hari ini - Laporan

KUALA LUMPUR, 9 Oktober 2022 - Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob telah menghadap Agong pada hari ini tanpa pengamal media yang menunggu di luar Istana Negara.

Pertemuan itu dipercayai ada kaitan dengan pembubaran parlimen.

PM dijangka akan membuat pengumuman khas esok menurut laporan FMT.

Sekiranya pembubaran parlimen berlaku pada esok, maka bajet 2023 perlu dibentangkan sekali lagi seperti berlaku pada tahun 1999.

Difahamkan, Yang Dipertuan Agong akan dijadual berangkat ke United Kingdom bermula esok sehingga 16 Oktober.

Sementara itu, menurut laporan Malay Mail, mesyuarat MKT UMNO dijangka akan berlangsung pada malam esok susulan desas-desus mengenai pembubaran parlimen yang dijangka dibuat minggu ini.

TAMAT.





1st day of Hari Raya Aidilfitri date (2026 - 2036)

2026 - 20 or 21 March 2027 - 10 March 2028 - 27 February 2029 - 15 February 2030 - 5 February 2031 - 25 January 2032 - 14 January 2033 - 3 J...