Sunday, 9 October 2022

[TERKINI] PM dijangka umum pembubaran parlimen 3 petang ini

PUTRAJAYA, 10 Oktober 2022 - Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob dijangka akan mengumumkan pembubaran parlimen dalam perutusan khas jam 3:00 petang ini.

Ismail Sabri dalam satu hantaran yang dimuat naik di laman Facebooknya berkata, perutusan khas tersebut akan disiarkan menerusi saluran RTM, BERNAMA, Astro Awani, TV3, TVS & TV Alhijrah.

Kelmarin, New Straits Times melaporkan, Perdana Menteri telah menghadap Yang Dipertuan Agong bagi memohon perkenan pembubaran parlimen di Istana Negara.

Pagi tadi, pengamal media telah mula berkumpul di Perdana Putra, Putrajaya bagi mendapatkan perkembangan terkini berhubung spekulasi pembubaran parlimen yang semakin hangat diperkatakan ketika ini.

TAMAT.



Sarawak long weekend holiday 2027

New Year's Day - 1 - 3 Jan 2027 (Fri - Sun) Chinese New Year - 6 - 8 Feb 2027 (Sat - Mon)  *Take leave on 5 & 9 Feb 2027 (Fri & ...