Memetik laporan Astro AWANI, menurut sumber, rakaman percakapan Rohana direkodkan selama 3 jam bermula jam 9 pagi di pejabat SPRM Putrajaya susulan pendedahan bekas pegawai bank Goldman Sachs Group Inc, Tim Leissner dalam kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Terdahulu, sejak Jumaat lepas, SPRM beku aset bekas CEO Astro itu selepas dakwaan ugutan babit 1MDB. Pembekuan aset itu dibuat di bawah Seksyen 44 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan.
Untuk rekod, Rohana pernah berkhidmat sebagai CEO Astro sebelum meletakkan jawatan pada tahun 2019.
TAMAT.